Tahun ini cukup bermakna untuk pasukan bola sepak SK Temiang
yang telah mencipta sejarah kerana nyaris-nyaris berjaya ke peringkat suku akhir dalam KEJOHAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSD SEREMBAN 1. Pasukan yang
tidak diberikan sebarang harapan ini telah berjaya mengejutkan lawan-lawan yang
lebih hebat dan sekaligus mencipta sejarah untuk layak sehingga ke pusingan ke 2
Temiang FC di letakkan di dalam Kumpulan B yang diakui
sebagai kumpulan yang sukar.
KUMP. B
SK TEMIANG
SK TAMAN SEMARAK
SK ST JOHN
SK WAWASAN
KEPUTUSAN PERLAWANAN DALAM KUMPULAN B (FC TEMIANG)
TEMIANG FC ( 3 ) - SK
ST PAUL ( 0 )
TEMIANG FC ( 0 ) - SK TAMAN SEMARAK ( 2 )
TEMIANG FC ( 4 ) - SK
WAWASAN ( 0 )
Temiang FC bermula dengan langkah kanan apabila menang
dengan pasukan SK St Paul dengan kemenangan yang bergaya 3-0. Namun kegembiraan
tersebut hanya sementara kerana Temiang FC di tumpaskan oleh lawan yang sukar
iaitu SK Taman Semarak 0-2. Kekalahan tersebut memberi motivasi dan FC Temiang
menemui kebangkitan dengan menumpaskan pasukan SK Wawasan dengan kemenagan yang
cukup bergaya 4-0 yang sekaligus mengangkat pasukan FC Temiang untuk menjadi
Naib Johan bagi Kumpulan B. Sejarah dicipta FC Temiang akhirnya layak ke
pusingan kedua buat kali pertamanya sejak setelah beberapa tahun menjadi
pasukan yang dipandang sebelah mata oleh pasukan-pasukan lain.
PUSINGAN KE 2
TEMIANG FC ( 1 ) - SK
TEKIR ( 1 )
PENALTI
( 2 )
- ( 5 )
Walaupun tewas di pusingan ke 2, Pasukan Temiang FC perlu diberikan pujian kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memerah keringat sehingga ke sepakan penalti setelah seri 1-1 dengan SK Tekir. Kekecewaan jelas diwajah mereka kerana mereka tewas sepakan penalti 2-5. Mereka tewas namun tetap boleh berbangga dengan pencapaian yang telah mereka dikecapi. Semoga tahun depan kita akan beroleh kejayaan yang lebih membanggakan!
AYOH TEMIANG FC!
AYOH TEMIANG FC!
![]() |
Mereka yang bertanggungjawab dalam mengharumkan nama SK Temiang |
![]() |
Aksi baru nak bermula |
![]() |
Coach Afizan memberikan kata-kata semangat |
![]() |
Memanaskan badan sebelum bertarung untuk perlawanan seterusnya |
![]() |
Coach Nizam berbincang tentang strategi yang berkesan untuk perlawanan |
![]() |
![]() |
Ayuh Temiang, tunjukkan taringmu....! |
![]() |
Terus memberi semangat! |
![]() |
Rehat dulu bos... |
![]() |
"Den nak 5-0 faham? " Kata Coach Nizam |
![]() |
Yeayy! Monang!! |
![]() |
Rembatlah bola tuh... |
![]() |
Fuh.. Sodap.. |
![]() |
Alhamdulillah, kenyang.. |
No comments:
Post a Comment