
Syukur, kemarau emas SK Temiang telah berakhir pada hari pertama kejohanan.. Emas yang diidam-idamkan akhirnya menjelma untuk acara lontar peluru lelaki bawah 10 oleh adik Daniel yang tidak disangka-sangka dapat memenangi acara tersebut kerana bertubuh lebih kecil daripada lawan-lawanya..
Emas kedua pula dituai oleh adik Ezzat Helmy untuk acara lompat jauh bawah 12 lelaki..
Kelab Guru dan Staf SK Temiang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad olahraga yang berjaya menduduki tempat ke 5 bagi Kejohanan Olahraga MSSD Seremban 2014.. Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan, semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan dicapai pada tahun 2015..
AYOH SK TEMIANG!
TERUSKAN BERUSAHA!
2 comments:
Bila masa ada blog ni?
baru lagi bang.. bau kedai lagi ni.. hehe
Post a Comment