UJIAN TILAWAH AL QURAN peringkat saringan Seremban telah berlangsung pada 16 Mac 2014 di Masjid Jamek Seremban. Seramai 4 orang murid SK Temiang iaitu Nur Izwan Hakim, Muhd Nur Syahid, Muhd Mustaqeem Zaidi, Muhd Afiq Farhan dan seorang murid Ex- SK Temiang iaitu Muhd Hakimi Romi telah menyertai Ujian Tilawah tersebut.
Berikut ialah kedudukan murid-murid kita:
Muhd Hakimi Romi - Tempat ke 9 (76 markah)
Nur Izwan Hakim - Tempat ke 14 (72 markah)
Muhd Nur Syahid - Tempat ke 11 (75 markah)
Muhd Mustaqeem Zaidi - Tempat ke 15 (67 markah)
Muhd Mustaqeem Zaidi - Tempat ke 16 (66 markah)
Tahniah kepada semua murid yang telah menyertai UJIAN TILAWAH AL QURAN peringkat saringan Seremban pada tahun ini. Tahun depan kita cuba lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mahir membaca al-Quran bersama dengan malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran dengan tergagap-gagap dan bersusah payah mempelajarinya mendapat dua pahala.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)