Thursday, April 3, 2014

SELAMAT BERSARA PN. FARIDAH DEWA...



Majlis persaraan Pn. Faridah telah berlangsung pada 24 Mac 2014, pada hari Jumaat.. Hari terakhir beliau bertemu dengan anak-anak muridnya yang tersayang. Beliau yang telah berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun amat disayangi oleh warga SKT..

Kelembutan tutur kata dan budi bahasanya akan tersemat di hati semua warga SKT.

Antara yang membuat persembahan istimewa buat Cikgu Faridah Dewa...
Terima Kasih Nenek... Persembahan dari Prasekolah...

Persembahan dari Kelas 5 Kejora...

Persembahan Qasidah...
Nyanyian khas untuk Cikgu Faridah Dewa dari semua guru dan kakitangan SK Temiang

Warga SKT menunggu dengan penuh sabar untuk bersalaman dengan Cikgu Faridah Dewa


Sabar menunggu...

Cikgu Faridah banyak berjasa kepada mereka semua..



Kereta yg dihias oleh Pn. Sarina ini akan membawa Cikgu Faridah keluar dari SK Temiang untuk kali terakhir sebagai seorang guru..


Gerombolan yang membawa hadiah dari warga SKT

Kelihatan Pn Sarina tersenyum kambing kerana teruja melihat hadiah yang banyak di dalam keretanya

Tu dia, mamak supirnya udah bersedia untuk berangkat pulang...


Mereka tersenyum di dalam kesedihan..... 

Cikgu... Jangan tinggalkan kami....

Jangan kau ucap selamat tinggal.....

Cikgu Faridah diiringi oleh Guru Besar dan GPK1 untuk bersalam-salaman dengan semua murid yang tercinta

Cikgu Ruzaini sanggup datang ke SKT semata-mata untuk meraikan majlis perpisahan Cikgu Faridah

Kelihatan Cikgu Norzilawati sedang menangisi pemergian Cikgu Faridah Dewa..

Selamat tinggal semua................

Setiap yang bermula pasti akan berakhir....

Akhirnya kau pergi jua....

Pergi dengan meninggalkan bakti.....

Ku kenang kamu dalam doaku...

Langkah terakhir kau di Temiang...

Tangis mu itu bisa meruntuhkan tembok keegoan di hati kami...

Doa kami dari jauh untuk mu cikgu... ibu... nenek... kakak... sahabat.... Jasamu kami kenang sehingga ke akhir hayat...

SELAMAT BERSARA PN. FARIDAH DEWA.......











Thursday, March 27, 2014




UJIAN TILAWAH    AL QURAN peringkat saringan Seremban telah berlangsung pada 16 Mac 2014 di Masjid Jamek Seremban. Seramai 4 orang murid SK Temiang iaitu Nur Izwan Hakim, Muhd Nur Syahid, Muhd Mustaqeem Zaidi, Muhd Afiq Farhan dan seorang murid Ex- SK Temiang iaitu Muhd Hakimi Romi telah menyertai Ujian Tilawah tersebut.


Berikut ialah kedudukan murid-murid kita:

Muhd Hakimi Romi        - Tempat ke 9   (76 markah)
Nur Izwan Hakim           - Tempat ke 14 (72 markah)
Muhd Nur Syahid           - Tempat ke 11 (75 markah)
Muhd Mustaqeem Zaidi  - Tempat ke 15 (67 markah)
Muhd Mustaqeem Zaidi  - Tempat ke 16 (66 markah)





Tahniah kepada semua murid yang telah menyertai UJIAN TILAWAH     AL QURAN peringkat saringan Seremban pada tahun ini. Tahun depan kita cuba lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mahir membaca al-Quran bersama dengan malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran dengan tergagap-gagap dan bersusah payah mempelajarinya mendapat dua pahala.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


TAHNIAH TEMIANG FC!


Tahun ini cukup bermakna untuk pasukan bola sepak SK Temiang yang telah mencipta sejarah kerana nyaris-nyaris berjaya ke peringkat suku akhir dalam KEJOHAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSD SEREMBAN 1. Pasukan yang tidak diberikan sebarang harapan ini telah berjaya mengejutkan lawan-lawan yang lebih hebat dan sekaligus mencipta sejarah untuk layak sehingga ke pusingan ke 2

Temiang FC di letakkan di dalam Kumpulan B yang diakui sebagai kumpulan yang sukar.

KUMP. B

SK TEMIANG
SK TAMAN SEMARAK
SK ST JOHN
SK WAWASAN

KEPUTUSAN PERLAWANAN DALAM KUMPULAN B (FC TEMIANG)

TEMIANG FC  ( 3 ) - SK ST PAUL  ( 0 )
TEMIANG FC  ( 0 ) - SK TAMAN SEMARAK  ( 2 )
TEMIANG FC  ( 4 ) - SK WAWASAN  ( 0 )

Temiang FC bermula dengan langkah kanan apabila menang dengan pasukan SK St Paul dengan kemenangan yang bergaya 3-0. Namun kegembiraan tersebut hanya sementara kerana Temiang FC di tumpaskan oleh lawan yang sukar iaitu SK Taman Semarak 0-2. Kekalahan tersebut memberi motivasi dan FC Temiang menemui kebangkitan dengan menumpaskan pasukan SK Wawasan dengan kemenagan yang cukup bergaya 4-0 yang sekaligus mengangkat pasukan FC Temiang untuk menjadi Naib Johan bagi Kumpulan B. Sejarah dicipta FC Temiang akhirnya layak ke pusingan kedua buat kali pertamanya sejak setelah beberapa tahun menjadi pasukan yang dipandang sebelah mata oleh pasukan-pasukan lain. 

PUSINGAN KE 2

TEMIANG FC  ( 1 ) - SK TEKIR ( 1 )
PENALTI
( 2 )              -             ( 5 )

Walaupun tewas di pusingan ke 2, Pasukan Temiang FC perlu diberikan pujian kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memerah keringat sehingga ke sepakan penalti setelah seri 1-1 dengan SK Tekir.  Kekecewaan jelas diwajah mereka kerana mereka tewas sepakan penalti 2-5. Mereka tewas namun tetap boleh berbangga dengan pencapaian yang telah mereka dikecapi. Semoga tahun depan kita akan beroleh kejayaan yang lebih membanggakan!            

AYOH TEMIANG FC!



Mereka yang bertanggungjawab dalam mengharumkan nama SK Temiang







Tu deh Temiang FC






Aksi baru nak bermula


Coach Afizan memberikan kata-kata semangat

Memanaskan badan sebelum bertarung untuk perlawanan seterusnya
Coach Nizam berbincang tentang strategi yang berkesan untuk perlawanan 



Ayuh Temiang, tunjukkan taringmu....!

Terus memberi semangat!

Rehat dulu bos...

"Den nak 5-0 faham? " Kata Coach Nizam

Yeayy! Monang!!


Rembatlah bola tuh... 


Fuh.. Sodap..



Alhamdulillah, kenyang..





Monday, March 17, 2014

Majlis Penyampaian Pingat dan Sijil Olahraga MSSD Seremban1 2014

Majlis Penyampaian pingat dan siijil kepada pemenang-pemenang dan semua atlit SK Temiang yang menyertai Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Seremban1 2014 yang telah disampaikan oleh Guru Besar Pn. Hjh Alina Bt Othman pada Perhimpunan Rasmi Sekolah pagi tadi..


Pemenang Pingat Emas untuk acara Lompat Jauh Lelaki Bawah 12 Tahun
Adik Ezzat Helmy menerima pingat dan sijil dari Guru Besar.












Seterusnya Muhammad Daniel yang memenangi acara lontar peluru lelaki bawah 10 tahun menerima pingat dan sijil dari Guru Besar.


















dan berakhir dengan penyampaian sijil kepada atlit-atlit yang menyertai kejohanan.......














KAMILAH JUARA!




 WE WERE
 BORN TO BE NUMBER 
1