Thursday, April 3, 2014

SELAMAT BERSARA PN. FARIDAH DEWA...



Majlis persaraan Pn. Faridah telah berlangsung pada 24 Mac 2014, pada hari Jumaat.. Hari terakhir beliau bertemu dengan anak-anak muridnya yang tersayang. Beliau yang telah berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun amat disayangi oleh warga SKT..

Kelembutan tutur kata dan budi bahasanya akan tersemat di hati semua warga SKT.

Antara yang membuat persembahan istimewa buat Cikgu Faridah Dewa...
Terima Kasih Nenek... Persembahan dari Prasekolah...

Persembahan dari Kelas 5 Kejora...

Persembahan Qasidah...
Nyanyian khas untuk Cikgu Faridah Dewa dari semua guru dan kakitangan SK Temiang

Warga SKT menunggu dengan penuh sabar untuk bersalaman dengan Cikgu Faridah Dewa


Sabar menunggu...

Cikgu Faridah banyak berjasa kepada mereka semua..



Kereta yg dihias oleh Pn. Sarina ini akan membawa Cikgu Faridah keluar dari SK Temiang untuk kali terakhir sebagai seorang guru..


Gerombolan yang membawa hadiah dari warga SKT

Kelihatan Pn Sarina tersenyum kambing kerana teruja melihat hadiah yang banyak di dalam keretanya

Tu dia, mamak supirnya udah bersedia untuk berangkat pulang...


Mereka tersenyum di dalam kesedihan..... 

Cikgu... Jangan tinggalkan kami....

Jangan kau ucap selamat tinggal.....

Cikgu Faridah diiringi oleh Guru Besar dan GPK1 untuk bersalam-salaman dengan semua murid yang tercinta

Cikgu Ruzaini sanggup datang ke SKT semata-mata untuk meraikan majlis perpisahan Cikgu Faridah

Kelihatan Cikgu Norzilawati sedang menangisi pemergian Cikgu Faridah Dewa..

Selamat tinggal semua................

Setiap yang bermula pasti akan berakhir....

Akhirnya kau pergi jua....

Pergi dengan meninggalkan bakti.....

Ku kenang kamu dalam doaku...

Langkah terakhir kau di Temiang...

Tangis mu itu bisa meruntuhkan tembok keegoan di hati kami...

Doa kami dari jauh untuk mu cikgu... ibu... nenek... kakak... sahabat.... Jasamu kami kenang sehingga ke akhir hayat...

SELAMAT BERSARA PN. FARIDAH DEWA.......











No comments: